Taman Laut Melaka penyumbang stok perikanan negara

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PENGKALAN BATU 17 Oktober – Taman Laut Melaka bakal menyumbang kepada peningkatan populasi di luar perairan perlindungan dan nurseri juvenil hidupan marin, seterusnya menambah stok perikanan negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nawar Abd Karim berkata, peningkatan populasi di Taman Laut akan menyebabkan berlaku perhijrahan hidupan marin ke perairan lain, sekali gus mewujudkan habitat baharu.

Katanya penghijrahan keluar hidupan marin akan berlaku sama ada bagi mendapatkan ruang yang lebih atau mencari perairan baharu yang berbeza untuk proses tumbesaran.

photo1697449947
TIMBALAN Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Nawar Abd Karim ketika ditemui di Pejabat Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka, Peringgit. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Limpahan keluar ‘spill over’ sumber marin dari Taman Laut akan menyumbang kepada peningkatan populasi hidupan marin di luar kawasan dan seterusnya menyumbang kepada stok perikanan Negara.

“Terumbu karang di Taman Laut ini merupakan sarang pembiakan dan menjadi habitat kepada pelbagai spesies biodiversiti marin. Penghijrahan dari Taman Laut menyumbang kepada peningkatan biomas perikanan di kawasan setempat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nawar berkata Taman Laut merupakan kawasan perlindungan khas flora dan fauna akuatik.

Menurutnya, kekayaan dan kepelbagaian biologinya yang mempunyai nilai ekonomi serta komersial yang tinggi ini perlu diurus selain dipelihara sebaik mungkin agar memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Jelasnya, kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Contoh Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol mempunyai potensi pelancongan yang boleh dibangunkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1284
Kongsi :
Previous post Perabot jalan dipasang di Kampung Paya Mengkuang elak kemalangan
Next post Lebih 260 spesies biodiversiti marin di Taman Laut Melaka
Ubah saiz-+=