Tambah baik balai polis, kuarters dan IPD bakal kukuhkan pengoperasian di seluruh negara

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

IPOH, 15 Dis – Penambahbaikan balai polis, kuarters dan ibu pejabat polis daerah (IPD) di beberapa negeri kini dalam perancangan Bukit Aman, bagi mengukuhkan pengoperasian badan keselamatan dan pertahanan negara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata perancangan ini akan dilakukan bagi menambah baik dan mengganti bangunan usang di beberapa negeri, dalam usaha melicinkan pentadbiran dan pengoperasiaan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Kami ada perancangan untuk menambaik baik bangunan yang lama dan usang, namun semuanya tertakluk kepada bajet yang diperolehi daripada kerajaan.

“Antara yang dirancang adalah pembinaan bangunan pejabat IPD Belaga di Sarawak yang sebelum ini musnah akibat kebakaran, di mana projek ini akan dilaksanakan tahun ini.

“Selain itu, pembinaan Balai Polis Beaufort di Sabah dan pembinaan Pondok Polis Kampung Pimping dan Perumahan Membakut di Sabah,” katanya selepas melawat tapak cadangan pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang baharu di sini, hari ini.

Mazlan berkata pelan penambahbaikan juga turut melibatkan pembinaan 10 buah kuarters di Balai Polis Pulau Redang di Terengganu, pembinaan 18 buah pos Pasukan Gerakan Am (PGA) kontinjen IPK Selangor, selain pembinaan semula jeti markas operasi pasukan Polis Marin di Balai Polis Muar, Johor.

Jelasnya pelaksanaan kesemua projek ini akan dijalankan secara berperingkat, mengikut kelulusan bajet yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyentuh mengenai lawatannya ke tapak cadangan pembinaan IPK Perak baharu, Mazlan berkata ia bertepatan untuk menggantikan bangunan lama, agar pentadbiran dan pengoperasiaan kepolisian di negeri ini terus berjalan lancar.

“Kita perlu buat proses perolehan tanah dahulu. Kemudian minta bajet selain merancang pelan pembangunan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) agar projek secara tender ini dapat dilaksanakan kelak,” katanya.

Dilapor, dalam Belanjawan 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM230juta ringgit untuk kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain penggantian serta pembaikan lif serta kuarters PDRM.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2280
Kongsi :
Previous post Long Tiger lolos dari tahanan ketika hadiri prosiding di Mahkamah Tangkak
Next post SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam, salah guna kedudukan
Ubah saiz-+=