Tanah terbiar kerajaan untuk aktiviti pertanian – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Individu atau mana-mana pihak yang berminat, dibenarkan untuk mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan dengan aktiviti pertanian.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sudah diarahkan untuk melihat kesesuaian tanah berkenaan.

Katanya, perkara itu bertujuan menyokong usaha dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan di negeri Melaka mencukupi.

“Saya telah meminta PTG untuk melihat mana-mana tanah terbiar milik kerajaan untuk diusahakan mereka yang berminat.

“Begitu juga dengan tanah-tanah pesuruhjaya persekutuan di Melaka, ada 186 lot iaitu kurang daripada 1,000 ekar.

“Tanaman yang akan diusahakan nanti mestilah tanaman kontan dan tidak boleh tanaman kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Melaka yang diadakan di MITC, di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negari, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Perangkawan Malaysia untuk negeri Melaka pada tahun 2021, sektor pertanian berada di tempat ketiga tertinggi.

“Sektor perkhidmatan di tempat pertama dengan 48.8 peratus diikuti sektor pembuatan dengan 37.9 peratus di tempat kedua dan sektor pertanian Melaka di tempat ketiga dengan 10.9 peratus,

“Ini menunjukkan ekonomi di Melaka terus pulih selepas pandemik COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1579
Kongsi :
Previous post UCAM kena serbu
Next post Keldai akaun meningkat
Ubah saiz-+=