Tanjung Bruas Port diminta segera bayar pampasan nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 12 Februari – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali meminta Tanjung Bruas Port segera menyelesaikan isu pembayaran pampasan kepada nelayan di kawasan itu.

Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan bagi memastikan golongan nelayan yang terjejas dengan pembangunan di kawasan itu tidak dipinggirkan.

“Dia (Tanjung Bruas Port) kena bayarlah…saya sudah maklumkan pada pihak ini dia kena bayar, kalau boleh selesaikan sebelum menjelang Ramadan ini atau sebelum Aidilfitri.

“Kena laksanakan secepat mungkin…minggu lepas saya sudah maklumkan kepada mereka supaya segera buat pembayaran, bagaimana dan berapa dia nak bayar nilai itu terserah kepada Tanjung Bruas Port,” tegasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Rumah Program Melaka Rumahku di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan kira-kira 243 nelayan dan awak-awak dari lapan pangkalan nelayan di Pantai Kundor hingga Klebang mendesak Kerajaan Negeri untuk bersama menyelesaikan isu terbabit susulan mendakwa tidak menerima sebarang pampasan selepas projek pemanjangan jeti sepanjang 50 meter dilaksanakan.

Malah, nelayan di kawasan terbabit mendakwa hampir tiga tahun tidak menerima sebarang pembayaran pampasan biarpun telah diarahkan Sulaiman pada Mac 2021, namun syarikat terlibat tidak berbuat demikian sehingga kini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1892
Kongsi :
Previous post Satu DUN, satu rumah transit – KM
Next post Jualan Rahmah Tok Ajak ‘licin’ dalam 30 minit
Ubah saiz-+=