Jualan Rahmah Tok Ajak ‘licin’ dalam 30 minit

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TELOK MAS 12 Februari – Kurang dari setengah jam barangan keperluan asas yang dijual pada Jualan Rahmah Tok Ajak, di sini, telah habis licin terjual.

Ia berikutan hampir 2,000 pengguna di Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Mas memanfaatkan jualan tersebut bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, inisiatif program itu seiring dengan saranan kerajaan Persekutuan memperkenalkan Menu Rahmah dalam usaha membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Pengunjung telah beratur seawal jam 8 pagi tadi, dan jualan telah tamat dalam tempoh 30 minit sahaja yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi.

“Jualan yang ditawarkan pada hari ini berupa kombo khas berharga RM20 untuk lapan barangan seperti beras lima kilogram, satu bungkus bihun beserta dua paket minyak, gula dan tepung.

“Selain itu, ayam RM10 seekor dan telur RM10 sepapan juga dijual kepada 1,000 pengunjung terawal.

“Menerusi program jualan ini juga pengunjung dapat berjimat dan menikmati subsidi serendah RM3 hingga RM11.50 bagi setiap pembelian barangan yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jualan Rahmah Tok Ajak di Kampung Ketapang, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1459
Kongsi :
Previous post Tanjung Bruas Port diminta segera bayar pampasan nelayan
Next post Universiti pertanian perlu ‘dihidupkan’ – Mohamad Sabu
Ubah saiz-+=