Sorting by

×

Tanpa deposit, asnaf dialu-alukan berniaga di Bazar Ramadan Bukit Katil

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menawarkan tapak jualan Ramadan dengan kadar sewaan RM20 sehari kepada golongan asnaf sepanjang Ramadan bermula 23 Mac ini.

Biro Ekonominya, Datin Seri Azreen Abu Noh berkata, tapak jualan di Bazar Mega 2023 Juadah Ramadhan berhampiran Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu dijangka meningkatkan pendapatan golongan itu menerusi jualan pelbagai jenis juadah sepanjang bulan berkenaan.

Katanya, daripada sasaran sebanyak 50 gerai jualan pada bazar berkenaan, 25 gerai akan diperuntukkan kepada golongan asnaf.

“Kita akan membuka peluang untuk asnaf menyertai Bazar Mega 2023 itu dan kita sasarkan mana-mana asnaf yang ingin berniaga, kemungkinan kita tidak akan minta deposit, kita akan mencari kaedah terbaik untuk mereka sekali gus memberi peluang menjana pendapatan.

“Sekarang ini tapak jualan itu memerlukan deposit sebanyak RM250 namun bagi golongan asnaf, kita tidak akan ambil deposit, selain menyediakan pakej terbaik termasuk mengenakan RM20 kadar sewaan dilengkapi dengan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan DMDI yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengerusi Biro Dakwah DMDI, Datuk Rahimin Bani.

Azreen berkata, bazar berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang hingga 7 malam sepanjang Ramadan ini

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3936
Kongsi :
Previous post Sumbangan komputer riba beri semangat baharu
Next post Jualan pra Ramadan tawar barangan harga patut
Ubah saiz-+=