‘Terima kasih anak muda bantu mangsa kebakaran’

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

LENDU 15 April. – Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) terhutang budi kepada sekumpulan remaja lelaki yang bertungkus-lumus mencuba menyelamatkan barangan dalam rumah sepupu mereka yang terbakar.

Rozuki Abdul Rani, 57, dan Noraini Puteh, 57, berterima kasih kepada remaja terbabit kerana sudi membantu tanpa mempedulikan api yang sedang marak.

Rozuki berkata, antara tujuh hingga 10 remaja dilihat bergegas cuba membantu mengeluarkan barangan berharga dalam kediaman sepupu isterinya, Siti Faismah Basir, 42, yang dijilat api di Kampung Durian Daun, di sini awal pagi ini.

“Dalam kejadian jam 3 pagi itu saya terkejut daripada tidur apabila terdengar letupan daripada api yang sedang marak di rumah sebelah.

“Apabila kami keluar, kami lihat ramai anak muda cuba membantu padam api dan ada juga yang mencuba menyelamatkan barangan dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rozuki yang tidak memiliki kaki kiri sejak dilahirkan manakala isterinya menghidap polio.

Noraini berkata, anak muda terbabit dipercayai melepak di Taman Rekreasi Durian Daun kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu untuk bersahur.

“Ada yang mencuba masuk ke dalam rumah untuk membantu suami Siti Faismah, Sulaiman Kaus menyelamatkan dokumen penting dan ada juga yang membantu menyelamatkan kereta Perodua Alza milik Sulaiman.

“Kami amat berterima kasih kepada mereka kerana sudi membantu walaupun keadaan waktu itu amat bahaya kerana api marak,” katanya bersyukur kerana Sulaiman sekeluarga terselamat daripada bahaya itu.

BERITA BERKAITAN: https://www.melakahariini.my/saya-tidak-sedar-bila-tangan-saya-melecur/

https://www.melakahariini.my/dugaan-ramadan-rumah-pusaka-baju-raya-anak-musnah/

: https://www.melakahariini.my/km-sulaiman-ziarah-mangsa-kebakaran/

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1011
Kongsi :
Previous post Tepung pelita jadi ‘kegilaan’ di bulan Ramadan
Next post Penunggang motosikal cedera rempuh kereta tukar lorong
Ubah saiz-+=