Teroka peluang modenkan sektor pertanian – TYT

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 20 Sept. – Semua pihak termasuk kerajaan dan swasta perlu mengambil inisiatif menerokai peluang memodenkan sektor pertanian bagi meningkatkan produktiviti dan membangunkan sektor ini secara lestari.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, ia kerana sektor pertanian berperanan penting memastikan jaminan bekalan makanan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

TUN Mohd Ali.

“Oleh itu hendaklah ditekankan kepada kecukupan bekalan makanan dalam negeri dan mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

“Rakyat Melaka perlu dibimbing dan diberi galakkan untuk menceburi sektor pertanian sebagai petani moden dan berteknologi sekali gus menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang kukuh dan menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-14, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan negeri supaya terus membangunkan tanah-tanah terbiar dengan aktiviti pertanian.

“Ini bagi memastikan sektor pertanian dapat dipertingkatkan yang menjadi sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja
Next post MOTAC bincang benarkan pelancongan antara negeri – Nancy
Ubah saiz-+=