The Straits Hotel tawar pakej istimewa sepanjang Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BANDA HILIR 10 April – The Straits Hotel dan Suites serta Nobel Resort Hotel Melaka menawarkan pakej Ramadan istimewa bernilai RM228 termasuk penginapan sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Operasi The Straits Hotel dan Suites Melaka, Helmi Lamwi berkata, selain majlis iftar dan penginapan, pakej turut mengandungi menu sahur dan harga tambahan RM50 untuk tempahan hujung minggu.

Menurutnya, pakej Ramadan hotel itu berkonsepkan menu Nostalgia Masakan Kampung yang menyediakan lebih 50 resepi masakan Melayu.

Helmi Lamwi

“Bagi The Straits Hotel dan Suites Melaka, kita dikenali dengan keistimewaan atau signature hotel iaitu masakan gulai kawah dan hidangan kambing golek bakar.

“Kita menyediakan enam stesen masakan dan lebih 50 hidangan masakan tradisi masyarakat Melayu yang disediakan oleh chef dari Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Bufet Ramadan The Straits Hotel dan Suites oleh EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menurut Helmi, sejak diperkenalkan kepada pengunjung 5 April lalu, pakej Ramadan tersebut berjaya mendapat sambutan mengalakkan dan menarik kunjungan lebih 200 orang.

Malah katanya, sejak fasa endemik bermula 1 April lalu, kunjungan pelancong ke hotel itu meningkat 60 peratus dengan sebahagian besar pelancong dari negara jiran Singapura.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba lebih daripada 50 menu masakan kampung yang disediakan di The Straits Hotel dan Suites Melaka untuk berbuka puasa.

“Tempahan bilik hotel pada hari-hari biasa juga bertambah dengan banyak diadakan mesyuarat serta seminar oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta.

“Kami rasa bersyukur kerana dalam tempoh yang sama tahun lalu, kita dilanda musibah dan agak strugle dalam meneruskan operasi hotel.

“Namun dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu, nampaknya keadaan bertambah menjadi lebih baik dan hari ini, keadaan seperti sudah kembali normal dengan tempahan bilik semakin sibuk,” katanya.

Katanya, The Straits Hotel & Suites Melaka dengan gabungan bersama Nobel Resort Hotel menyediakan sebanyak 700 bilik hotel pada harga sekitar RM100 lebih hingga RM500.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1859
Kongsi :
Previous post DUN Merlimau: Buka puasa sekampung di Dataran Orang Kampung
Next post Ekspektasi rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan tinggi – KM
Ubah saiz-+=