Ekspektasi rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan tinggi – KM

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 11 April – “Penjawat awam ‘role model’ yang menjadi ejen utama dalam  penyampaian segala dasar kerajaan kepada kumpulan sasar,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata ekspektasi sistem penyampaian perkhidmatan awam pada masa ini sangat tinggi selari dengan keadaan moden dan canggih.

“Sudah pasti ianya diukur dalam pelbagai aspek seperti integriti diri, pengurusan masa, ketepatan maklumat disalurkan, saluran bekerja perlu seiring dengan ekspektasi ‘stake holder’ persekitaran ekonomi dan sosial.

“Bagi tujuan itu, pemantauan berterusan akan dilaksanakan terhadap pencapaian piagam pelanggan, kajian kepuasan pelanggan, menilai tahap kepuasan pelanggan dan meningkatkan pelaksanaan inovasi di jabatan serta agensi negeri.

“Pada masa yang sama sentiasa memberi fokus menghasilkan organisasi yang lebih efisyen melalui pengurusan proses kerja yang lebih ideal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Bulan April 2022 di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; barisan EXCO Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembangunan modal insan berprestasi tinggi diteruskan dengan memantau keperluan latihan setiap pegawai dan kakitangan di samping menggilap ‘soft skill’ atau bakat setiap individu melalui analisa keperluan latihan.

“Perancangan latihan penjawat awam Negeri Melaka adalah selari dengan visi dan misi pembangunan negeri bagi tahun 2022,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1395
Kongsi :
Previous post The Straits Hotel tawar pakej istimewa sepanjang Ramadan
Next post Melaka perlu kekal tempat pertama negeri bersih
Ubah saiz-+=