Tiada kawat berduri dipasang di Kampung Morten – JPKK

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PENGKALAN RAMA 15 Julai – Tiada kawat berduri dipasang di Kampung Morten berikutan penduduknya dijangkiti COVID-19 seperti tular di mesej WhatsApp hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Jalina Mahmood berkata,  orang ramai diminta berhati-hati dan tidak menyebarkan berita tanpa maklumat sahih.

 

JALINA.

 

“Kampung ini tak ada pun macam yang mereka viralkan tu, datang tengok sendiri ada ke tak kawat duri yang dipasang.

“Gambar yang tular polis pasang tali kuning tu sebab ada kes kematian COVID-19 baru-baru ni, tapi disebabkan ada individu kongsi, orang pun panik.

“Kasihan pada orang yang berniaga dalam kampung ni, mereka pun terkesan sebab orang takut nak datang sini bila ada berita yang tak benar tu,” katanya ketika ditemui MHI di Kampung Morten hari ini.

GAMBAR tular baru-baru ini kerana satu kes kematian akibat COVID-19 di Kampung Morten.

Jalina menasihatkan supaya individu yang tidak mempunyai maklumat sahih jangan berkongsi perkara yang menimbulkan kerisauan orang ramai.

“Tolonglah jangan tularkan lagi benda yang tak sahih, keadaan di sini masih terkawal dan kita sentiasa pantau dari semasa ke semasa.

“Contohnya, mereka (penduduk) yang pakai gelang pink, setakat ni di Kampung Morten tak ada yang berani merayau sebab kita sentiasa turun pantau keadaan di sini.

“Kalau boleh yang dah pakai gelang pink itu duduk diam-diam di rumah dan orang pun jangan ziarah mereka,” katanya.

Jelasnya setakat ini terdapat sebanyak 130 kediaman di Kampung Morten membabitkan kira-kira 1,000 penduduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post Peluang Melaka beralih Fasa 2 PPN masih samar
Next post Pekerja asing dihalang memasuki Melaka
Ubah saiz-+=