Tiga beranak terselamat pokok hempap kereta

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 22 Oktober – Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di Lebuh Ayer Keroh berhadapan sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebuah kereta jenis PROTON Suprima dinaiki pasangan suami isteri dan anak mereka dihempap sebatang pokok di lokasi kejadian.

“Seramai sembilan anggota bomba dari BBP Ayer Keroh bergegas ke lokasi kejadian dan bertindak memotong pokok tumbang menggunakan dua gergaji rantai mengeluarkan ketiga-tiga mangsa dari kenderaan terbabit.

“Semua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan maklumat dari mangsa, pemandu kereta cuba memperlahankan kenderaan sebaik melihat pokok tumbang di kawasan terbabit namun apabila dia cuba mengundurkan kenderaan, sebuah lagi pokok tumbang menghempap bumbung kereta berkenaan.

“Operasi menyelamat tiga beranak tersebut adalah kes kedua membabitkan pokok tumbang di kawasan Ayer Keroh dan operasi tamat pada jam 9 malam tadi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6112
Kongsi :
Previous post Banjir: Empat kampung di Alor Gajah terjejas
Next post Empat kes pokok tumbang di Melaka Tengah
Ubah saiz-+=