Tiga kali khatam sejak kenali Al Quran di usia 6 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

MASJID TANAH 8 Februari – “Alhamdulillah, rasa sangat teruja sebab kali ini sudah tiga kali saya khatamkan al-Quran sejak mula membaca kalam Allah ini pada usia enam tahun,” kata Nor Khairina Afiqah Mohd Khairul, 12.

Nor Khairina adalah antara 207 murid tahun enam dari 10 sekolah yang mengambil bahagian dalam Majlis Khatam al-Quran Perdana di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Tambichik Karim, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-02-08 at 3.10.47 PM
NOR Khairina.

Berkongsi kegembiraannya Nor Khairini berkata, kali terakhir dia khatam al-Quran adalah pada dua tahun lalu dan kejayaan itu banyak dibantu ibu dan bapanya.

“Kali pertama khatam al-Quran saya berada di tahun tiga, sejak itu saya amalkan bacaan kalam Allah ini setiap hari. Setiap hari saya cuba habiskan sekurang-kurangnya satu muka dan kebiasaannya ibadat itu dilakukan selepas solat Maghrib.

“Program seperti ini wajar diteruskan, biarlah remaja seperti saya jatuh cinta kepada al-Quran dan khatam sebanyak mungkin,” katanya.

WhatsApp Image 2023-02-08 at 3.11.09 PM
MUHAMMAD Hafiy.

Sementara itu, Muhammad Hafiy Iskandar Mohd Hazri, 12, turut berkongsi kegembiraan kerana pada majlis disertai itu dia sudah dua kali khatam al-Quran.

Katanya dia berjaya khatam al-Quran kali pertama ketika berusia lapan tahun dan ia dianggap sebagai satu kejayaan besar dalam kehidupannya.

“Kali ini saya berasa lebih gembira dan istimewa kerana dapat khatam al-Quran bersama rakan daripada sekolah lain sekitar daerah ini,” katanya.

Meluahkan rasa sama, Nur Juni Jawahir Jasmi, 12, selepas berjaya khatam al-Quran kali pertama dalam hidupnya.

“Apabila sudah lengkap pada penghujung majlis rasa hati sangat lega dan lapang sebab ini kali pertama saya khatam al-Quran.

“Perluaskan dan anjurkan dalam skala lebih besar kerana ini adalah antara usaha kita sebagai Muslim untuk mengangkat martabat al-Quran,” katanya.

 

WhatsApp Image 2023-02-08 at 3.11.28 PM
NUR Juni.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1600
Kongsi :
Previous post Pasar Malam Taman Seri Duyong berwajah baharu
Next post Pemain industri aeroangkasa perlu capai standard AS9100
Ubah saiz-+=