Tiga kedai, sebuah motosikal rosak dirempuh lori

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ASAHAN 9 Ogos – Tiga kedai dan sebuah motosikal mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori muatan kelapa sawit yang terbabas dalam kejadian di Jalan Pekan Nyalas di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian pada jam 6.50 pagi itu, lori dipandu lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Merlimau menghala ke Gemas.

Katanya, ketika melalui persimpangan di pekan Nyalas, lori berkenaan dipercayai gagal dikawal akibat kegagalan sistem brek sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Lori berkenaan merempuh dua buah kedai fotostat dan sebuah kedai makan serta sebuah motosikal yang diparkir di hadapan premis kedai.

“Antara yang rosak teruk termasuk pintu hadapan premis, bumbung, peralatan makan dan minum serta beberapa mesin dan peralatan bagi perkhidmatan fotostat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dialami pemandu mahupun orang awam dalam kejadain itu.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

363415779_301476675742855_8359153923467768729_n
FAIRUL Nizam ketika melawat tiga premis yang dirempuh lori terbabit. Foto Facebook Fairul Nizam Roslan

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan melawat kedai berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pagi tadi.

Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau mendoakan mangsa kejadian tabah menghadapi dugaan itu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1282
Kongsi :
Previous post LTdL 2023: Peluang promosi Melaka di mata dunia
Next post Tukang cuci berjaya hantar anak belajar ke Perancis
Ubah saiz-+=