Tiga lelaki ditahan selepas empat jam samun wanita

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 14 November – Tiga lelaki termasuk seorang daripadanya yang baru keluar dari penjara ditahan selepas menyamun seorang wanita di Jalan Melaka Raya 23 di sini, petang semalam.

Tiga suspek berusia antara 27 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 19 tahun memaklumkan beg tangannya disamun oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal dari arah belakang kira-kira jam 5 petang.

Katanya, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederan memaklumkan terdapat barang berharga dalam beg tersebut termasuk laptop, ipad selain barang kemas dan beg duit dan barangan peribadi.

“Bertindak atas laporan itu, polis berjaya mengesan tiga suspek empat jam selepas kejadian di Taman Seri Tanjung, Tanjung Kling dan berlaku pergelutan ketika penahanan itu dan ketiga-tiga suspek mengaku melakukan dua kes samun semalam .

“Polis berjaya merampas beberapa barangan milik mangsa serta motosikal digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek adalah penjenayah tegar dan seorang daripada suspek berusia 30 tahun baru saja keluar dari penjara 30 Oktober lalu akibat dadah.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1671
Kongsi :
Previous post Jambatan sementara hubungkan semula Pulau Gadong-Setulang Daeng
Next post Jambatan sementara legakan 5,000 penduduk termasuk petani
Ubah saiz-+=