
Tiga lelaki ditahan seludup minuman keras lebih RM900,000
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan seorang warga asing, kerana disyaki terlibat menjalankan penyeludupan minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM972,729 dalam serbuan di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya, di sini semalam.
Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 58 tahun itu memiliki 631 kotak minuman keras.
Beliau berkata, dalam serbuan pertama pihaknya merampas 230 kotak bir pelbagai jenis dipercayai tidak bercukai, tiga buah kenderaan dipercayai digunakan dalam menjalankan aktiviti penyedulupan dan empat telefon bimbit.
Muhammad berkata, serbuan kedua, polis merampas 401 kotak bir pelbagai jenis juga tidak bercukai dan jumlah keseluruhan rampasan arak adalah sebanyak 11,827 tin serta botol yang mengandungi alkohol 4 hingga 40 peratus melibatkan 6,338 liter.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 manakala serbuan itu berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran minuman keras yang tidak bercukai beroperasi di rumah bertingkat di sekitar Lembah Klang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...

