Tiga murid keluarga B40 terima bantuan persekolahan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 22 Disember – Bantuan persekolahan diterima diharap menjadi pembakar semangat buat tiga murid berasal daripada keluarga B40 ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam akademik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, bantuan dihulurkan itu bertujuan untuk memastikan semua anak-anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tidak keciciran atau berasa tersisih akibat ketidakmampuan keluarga mereka.

Katanya, mendapatkan pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak dan amat penting dalam membantu mereka untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik apabila dewasa kelak.

“Kali ini menerusi Program Ziarah Kasih kami turun padang menyantuni tiga keluarga di Kampung Panchor. Turut diserahkan sumbangan beg sekolah dan peralatan belajar menerusi Program Smart Learning Space (SELESA) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana kepada murid berkenaan.

“Program ini diusahakan oleh Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Parit Melana, Muhammad Arrif Yaakop,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zahari berkata program SELESA diwujudkan khusus untuk membantu murid-murid dalam kalangan keluarga B40.

“Mereka akan menerima set kelengkapan sudut belajar bagi memberi keselesaan mengulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah. Insya-Allah kita akan perluaskan program ini ke sekolah lain dalam DUN Durian Tunggal pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Azlina Abdul Kudus; Pegawai Program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) PPD Alor Gajah, Razman Mohammad dan Guru Besar SK Parit Melana, Hazman Abd Aziz@Abdul Ghani.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

952
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri berpuas hati persiapan pelancaran TMM2024
Next post SPRM kesan mangsa sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu
Ubah saiz-+=