TMM2024: Kejohanan Futsal tawar hadiah keseluruhan RM50,000

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Sebanyak 128 pasukan bakal berentap merebut gelaran juara Kejohanan Futsal Piala CAK (Captain Ahmad Khairul) 2024 (KPFC 2024) yang akan diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam pada 2 dan 3 Mac depan.

Pengerusi Kejohanan Futsal Piala CAK 2024 (KFPC), Kapten Ahmad Khairul Mohd Noor berkata, kejohanan julung kali diadakan itu bakal menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

Beliau yang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal negeri memaklumkan kejohanan terbabit yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

“Format kejohanan tiga pusingan itu membabitkan pecahan 32 kumpulan, di mana setiap kumpulan terdapat empat pasukan yang akan bermain dan juara serta naib juara kumpulan bakal bertanding ke peringkat seterusnya iaitu 64 – 32 – 16 terbaik sebelum bertanding di separuh akhir dan pentas final.

“Objektif kejohanan ini juga sebagai medan promosi bagi pelancongan sukan dalam membantu memeriahkan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Selain itu, menerusi penganjuran kejohanan ini juga kita akan membuat pemilihan pemain yang akan membentuk pasukan futsal negeri dan pasukan futsal untuk bertanding di SUKMA 2024 Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Img 20240119 Wa0028

Mengulas lanjut, Ahmad Khairul berkata pihaknya menyasarkan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar Negeri Melaka bakal memeriahkan kejohanan terbabit.

“Penyertaan masih dibuka sehingga 10 Februari depan yang mana untuk kejohanan ini kita turut membenarkan pemain kebangsaan menyertai mana-mana pasukan pada kejohanan ini.

“Selain menawarkan hadiah berupa wang tunai dari juara hingga tempat ke-16, kita turut menyediakan cabutan bertuah dan jualan ‘Foodtruck Viral’ dengan penglibatan lebih 20 peniaga sebagai daya penarik.

“Motosikal Yamaha Y16 merupakan hadiah utama yang ditawarkan untuk cabutan bertuah dan orang ramai turut dijemput hadir memeriahkan kejohanan terbabit selain boleh turut serta menyertai cabutan bertuah dengan membeli kupon penyertaan di meja pendaftaran pada hari berkenaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2057
Kongsi :
Previous post Azlan tabik Melaka cetus era baharu sukan sepak takraw
Next post Perubahan bawa limpahan rezeki kepada peniaga Melaka
Ubah saiz-+=