TMM2024: Pintu masuk Melaka berwajah baharu

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 23 Disember – Kerja mengindahkan kiri dan kanan laluan di pintu masuk utama ke negeri ini sedang giat dijalankan, sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan pengunjung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, usaha itu giat dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan.

“Contoh kerja pengindahan pintu masuk ke Melaka di kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) membabitkan kerja mengecat semula dan kita memilih warna yang lebih ceria bagi menambahkan lagi seri negeri ini.

“Biarlah pengunjung merasakan suasana berbeza sebagai sahaja memasuki Negeri Melaka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 2023 Sempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ ke-14 diadakan di sebuah hotel di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post 50,000 pengunjung dijangka meriahkan KIAM ’23
Next post KPDN Melaka terus gempur premis seleweng minyak masak bersubsidi
Ubah saiz-+=