Tol percuma: Trafik keluar, masuk Melaka sesak

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

TABOH NANING 24 April – Aliran trafik sesak di kedua-dua arah keluar dan masuk ke Plaza Tol Simpang Ampat, berikutan hari ini merupakan hari terakhir tol percuma diberikan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superitendan Mohamad Zaki Omar berkata, pihaknya meletakkan anggota dan pegawai bertugas di tol terbabit bagi tempoh 24 jam.

Katanya, ia bagi membantu penguraian trafik ekoran keadaan di laluan keluar dan masuk tol tersebut agak sesak.

Katanya, kesesakan itu disifatkan sebagai gelombang pertama kepulangan anak rantau dan gelombang kedua kepulangan mereka yang bekerja ketika Aidilfitri.

“Sejak jam 8 pagi tadi, keadaan keluar dari Melaka mula sesak berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas tamat perayaan.

“Manakala trafik masuk ke Melaka pada petang ini merupakan gelombang kedua di mana mereka yang tidak beraya pada fasa pertama perayaan mula cuti dan pulang ke kampung halaman,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, hari ini.

IMG_20230424_180939_385
TABOH NANING 24 APRIL 2023. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superitendan Mohamad Zaki Omar (kanan) memantau aliran trafik sesak di kedua-dua arah keluar dan masuk ke Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Ops Selamat hari kelima yang juga merupakan hari terakhir pemberian tol percuma. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, jelasnya seramai 30 anggota dan lima pegawai JSPT Kontinjen Melaka ditugaskan untuk membantu penguraian trafik pada hari ini.

“Kita nak elakkan dari berlakunya kesesakan teruk. Jadi kita minta orang ramai mematuhi peraturan dan akur dengan arahan petugas trafik di jalan raya bagi mengelakkan trafik sesak, sekali gus memudahkan semua pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1259
Kongsi :
Previous post Enam klinik kesihatan Melaka beroperasi hingga 1 tengah hari pada Sabtu
Next post Pewaris legasi songkok Melayu
Ubah saiz-+=