‘Trail’ pelancong di Banda Hilir bermula Sabtu depan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 29 April – Satu laluan atau ‘trail’ untuk kenderaan membawa sekumpulan pelancong akan diwujudkan di kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bermula Sabtu depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, laluan itu bagi membolehkan kenderaan pelancong seperti van atau bas menurunkan pelancong bermula di hadapan Public Bank sehingga ke Medan Samudera.

“Insya-Allah pada minggu depan kita akan  wujudkan ‘trail’ pelancong kerana kita lihat dalam tempoh dua minggu ini banyak bas pelancong yang berhenti di hadapan Public Bank (Zon Bebas Kenderaan).

“Tetapi kali ini kita akan cuba buat laluan untuk pelancong yang mana bas pelancong ini akan menurunkan penumpang di hadapan bank tersebut dan ambil semula mereka di hadapan Medan Samudera.

“Semua pemandu bas atau van (pelancong) akan meletakkan kenderaan di hadapan Medan Samudera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan di Pahlawan Walk di sini, malam tadi.

Katanya pelancong juga boleh menikmati keindahan sekitar kawasan Zon Bebas Kenderaan selain bergambar di bangunan bersejarah yang ada.

“Kita aturkan laluan ini kerana kenderaan pelancongan ini membawa kapasiti penumpang (pelancong) yang ramai.

“Sebelum mereka naik bas atau van, mereka boleh singgah membeli belah di Medan Samudera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2088
Kongsi :
Previous post TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Next post Rumah Terbuka DUN Lendu erat ukhuwah wakil rakyat dan masyarakat
Ubah saiz-+=