
Tun Mohd Ali raikan 3,000 graduan UNIMEL
BANDA HILIR 5 Disember – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam meraikan 3,000 graduan Universiti Melaka (UNIMEL) pada Majlis Jamuan Graduasi UNIMEL, di sebuah hotel, di sini, malam ini.
Ketibaan Tun Mohd Ali pada jam 8.40 malam disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMEL bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.
Majlis diteruskan dengan ucapan Naib Canselor UNIMEL, Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim dan gimik pelancaran Buku Alumni UNIMEL oleh Tun Mohd Ali sambil disaksikan Sulaiman.
Jemputan kemudian menjamu selera sambil diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan Khai Bahar.
Hadir sama Pegawai Tugas-tugas Naib Canselor kepada Naib Canselor UNIMEL, Datuk Prof. Dr. Baharudin Putih dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Gaya Hidup Kampus) UNIMEL, Baharom Said.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
