Tun Mohd Ali santuni tetamu

Masa Membaca:53 Saat

BUKIT BERUANG 22 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir pada Jamuan Aidilfitri di Istana Melaka, hari ini.

Turut bersama beliau, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh.

Selain itu turut hadir Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, VP Shanmugam serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Ngwe Hee Sem.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee turut hadir ke jamuan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Next post Melaka tidak senarai hitam mana-mana penceramah – Mufti
Ubah saiz-+=