Tun Mohd Ali serikan Majlis Hari Raya YAB Ketua Menteri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 22 April – Majlis Hari Raya Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri Melaka meriah dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman serta anak-anak di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Ketibaan Tun Mohd Ali bersama keluarga kira-kira jam 8.30 malam itu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Pada majlis itu Ab Rauf dan isteri turut menyambut ketibaan tetamu-tetamu jemputan bersama ahli keluarga masing-masing .

Pelbagai juadah disajikan buat tetamu seperti mi kari, sate, cendol, kuih-muih dan banyak lagi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, VP Shanmugam serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Ngwe Hee Sem dan lain-lain kenamaan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee.

Pada majlis itu lebih 1,000 jemputan yang hadir bersama ahli keluarga berkesempatan beramah-mesra bersama Tun Mohd Ali dan Ab Rauf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3317
Kongsi :
Previous post Melaka tidak senarai hitam mana-mana penceramah – Mufti
Next post Rumah terbuka Kerajaan Negeri peluang kenali pemimpin – KM
Ubah saiz-+=