Tunggu, belum boleh umum lagi – KM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KLEBANG 1 April – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sedang dalam proses merangka struktur Kerajaan Perpaduan di Negeri Melaka yang kini diterajuinya.

Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu berkata, beliau memerlukan sedikit lagi masa sebelum perkara itu diumumkan.

Katanya percaturan itu bakal mewujudkan sebuah struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang lebih teratur dan tersusun.

“Tempoh 48 jam untuk membentuk struktur Kerajaan Negeri sudah tersedia, namun ia memerlukan sedikit masa lagi.

“Tak mengapa, tunggu. Kalau lewat sikit pun ada masa kecederaan, 48 jam saya mengatakan saya sudah bentuk, tapi saya tak boleh umum lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjau mesra dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Bazar Ramadan Klebang, di sini, hari ini.

Hadir sama Adun Klebang, Datuk Lim Ban Hong, Adun Paya Rumput, Datuk Rais Yasin, Adun Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Menurutnya kerangka itu akan mengikut contoh Kerajaan Perpaduan, namun berbeza dengan pembentukan yang dilakukan di Pahang dan Perak.

“Bagi Negeri Melaka meskipun tidak dibentuk kerajaan itu bersama (seperti Pahang dan Perak), tetapi kebersamaan itu akan menampakkan satu contoh perpaduan yang amat baik dan kita akan berikan kesamarataan dalam pembentukan ini.

“Berapa ramai akan melibatkan Adun Pakatan Harapan (PH) itu saya tak boleh beritahu sekarang, tetapi strukturnya sangat cantik dan menarik,” katanya.

Ends//

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5101
Kongsi :
Previous post Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri – Salahuddin
Next post JPNIN perkasa, pertingkat dan pergiat aktiviti KRT
Ubah saiz-+=