Sorting by

×

TYT saran lebih ramai pengusaha sertai Payung Rahmah

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyeru lebih rami pengusaha atau pemilik premis untuk terbabit dan mengambil bahagian dalam program Payung Rahmah dalam membantu golongan rakyat terkesan.

Menurut beliau, sehingga kini terdapat 26 pengusaha di seluruh Melaka yang menyambut baik inisiatif yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu.

“Saya menyeru agar lebih ramai lagi peniaga di Melaka dapat turut sama terlibat dalam program Payung Rahmah ini agar rakyat yang terkesan dapat kurangkan impak kos sara hidup.

“Program Payung Rahmah ini meliputi Bakul Rahmah, Pakej Jualan Rahmah, Kafe Rahmah serta Menu Rahmah yang menetapkan harga siling RM5 bagi setiap hidangan dan saya menyambut baik inisiatif 26 pengusaha makanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pembukaan persidangan Pertama, Pengggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaak Ke-15, hari ini.

Hadir sama isteri Tun Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abdul Rahman, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Ahli-Ahli DUN Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1488
Kongsi :
Previous post Sasar KDNK Melaka meningkat sehingga lima peratus tahun ini
Next post M-WEZ mampu lonjak KDNK negeri dua peratus setiap tahun
Ubah saiz-+=