UMNO ikut perlembagaan parti putuskan senarai calon

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 19 Okt – UMNO kekal berpegang pada perlembagaan parti dalam menentukan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, walaupun telah mengenal pasti kawasan fokus, parti masih mengikut perlembagaan yang mana senarai calon hendaklah dibincangkan di peringkat bahagian sebelum dikemukakan kepada pimpinan atasan.

“Biarpun kita mengenal pasti kawasan fokus tapi kita berpegang apa yang termaktub dalam perlembagaan UMNO yang menyebutkan bahawa calon-calon dalam pilihan raya hendaklah dibincangkan di peringkat bahagian.

“(Keputusan) yang kemudiannya dikemukakan kepada kepimpinan atasan untuk ditandatangani watikah namun keputusan muktamad akan dibuat sebelum hari penamaan calon,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera parti menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 8 November ini dan pengundian 20 November.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semua Ketua UMNO Bahagian dan Jawatankuasa keseluruhannya lebih 500 jemputan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

639
Kongsi :
Previous post UMNO anggap semua kerusi ‘panas’ – Ahmad Zahid
Next post Penganalisis politik hentikan spekulasi – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=