UTeM dan LZJT perkasa TVET

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalin kerjasama strategik bersama sebuah Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China, sekali gus memperluaskan bidang itu ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts, Dr. Massila Kamalrudin berkata, kerjasama strategik bersama Liuzhou Jiaotong School (LZJT) baru-baru ini mampu membantu mencapai aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memperkasa TVET.

Jelasnya, menerusi kerjasama itu antara elemen menjadi tumpuan adalah kemasukan pelajar antarabangsa, kurikulum akademik, pertukaran staf akademik, kolaborasi persidangan UTeM-LZJT dan program latihan amali antara Malaysia serta China.

“UTeM menyediakan laluan kepada pelajar LZJT lulusan Sekolah Vokasional Tinggi untuk penyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan serta teknologi yang kami tawarkan.

“Lulusan LZJT adalah setara dengan lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan perlu melalui beberapa kursus ‘bridging’ yang disediakan di UTeM terutamanya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

“Kerjasama ini turut membuka ruang untuk perjalanan program-program lain termasuklah pembangunan kurikulum pembelajaran TVET, peluang latihan amali di China dan beberapa sesi perkongsian ilmu sertateknologi antara kedua negara,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Kerjasama antara UTeM dan LZJT terjalin pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berlangsung secara dalam talian, baru baru ini.

MoU berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun bermula April 2023 hingga April 2028 disempurnakan oleh pihak UTeM yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Prof. Ts. Dr. Effendi Mohamad.

Sementara itu LZJT pula diwakili oleh Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Perkhidmatan Pendidikan Global Malaysia, Esther Low dan Principal LZJT, Huang Yan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1822
Kongsi :
Previous post Labur wang simpanan demi pastri
Next post Wanita hamil 5 bulan mengidam naik ‘kuda putih’
Ubah saiz-+=