UTeM hargai sumbangan media

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 8 Disember – Peranan media dalam melapor dan menyampaikan berita berkaitan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu institusi pengajian tinggi itu dikenali ramai.

Naib Canselor UTeM Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, kejayaan yang dicipta oleh UTeM pada masa ini adalah hasil daripada peranan media yang tidak jemu membantu dalam perkongsian maklumat serta kejayaan diraih universiti itu.

“Jika sebelum ini ramai orang diluar sana ingatkan UTeM adalah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) namun sebenarnya kami adalah universiti teknikal pertama yang ditubuhkan di Malaysia.

“Dengan kerjasama yang diberikan oleh media dan boleh dikatakan saban minggu dan bulan ada sahaja berita berkaitan UTeM yang dilaporkan membuat kami dikenali lebih ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan UTeM Bersama Media 2022, malam tadi,  yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings Sdn Bhd, Datuk Wira Sazali Muhd Din dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.

IMG-20221208-WA0031
MASSILA menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengamal media. Foto: MR. AZLI

Massila turut menzahirkan harapan agar kerjasama erat yang sudah terjalin antara UTeM dan media Melaka terus berkekalan pada masa akan datang.

“Peranan media ini amat besar kepada kami malah dengan penulisan yang dilaporkan, mereka yang tinggal di luar negara mengetahui akan pencapaian diperoleh UTeM,” katanya.

Terdahulu, pada malam bertemakan Retro Klasik itu, para pengamal media Melaka diraikan dengan pelbagai pengisian program seperti jamuan makan malam, persembahan khas dan cabutan bertuah istimewa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1755
Kongsi :
Previous post Berhabis puluhan ribu demi ‘buru’ burung
Next post Agong terima menghadap Komander Tentera Darat UAE di Abu Dhabi
Ubah saiz-+=