Vaksinasi harian terus meningkat, capai sasaran 200,000 sehari

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 16 Jun – Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 215,876 dos semalam sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Foto – Twitter Dr Adham Baba.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 individu menerima dos kedua.

Beliau berkata seramai 1,468,689 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan seramai 3,435,420 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,904,109.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 187,443 diikuti Sarawak (168,471); Johor (142,868); Perak (139,612) dan Kuala Lumpur (131,882).

Sementara itu, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin, Dr Adham berkata seramai 13,837,410 pendaftaran direkodkan semalam, dengan perkembangan nasional sebanyak 59.10 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,513,960 diikuti Johor (1,727,211), Sarawak (1,323,339) dan Kuala Lumpur (1,168,192).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

288
Kongsi :
Previous post Remaja minat jadi anggota bomba tabur budi
Next post Kongres tahunan PKR pada 20 Jun
Ubah saiz-+=