
‘Vida’ jurulatih baharu Melaka United
KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengumumkan Risto Vidaković sebagai Ketua Jurulatih baharu menggantikan Zainal Abidin Hassan yang tidak disambung kontrak.
MUFC dalam satu kenyataan memaklumkan, Vidaković, jurulatih dari Bosnia & Herzegovina itu mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak kerana pernah membimbing beberapa kelab di sekitar Eropah dan Asia.
Malah, pengendali berusia 53 tahun itu turut pernah membantu kejuaraan hatrik kelab Filipina Ceres Negros pada musim 2017, 2018 dan 2019.
“Sebelum ini, beliau pernah membimbing kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC, selain pernah bersama skuad kebangsaan Serbia selaku Penolong Jurulatih sekitar 2006 hingga 2007.
“Sepanjang bergelar jurulatih beliau telah membantu kejuaraan ‘hat-trick’ Ceres-Negros dalam saingan Philippines Football League pada 2017, 2018 dan 2019 selain membawa Maziya menjuarai Dhivehi Premier League 2020-21.
“Selamat menyertai kami di Melaka United FC, semoga dengan pengalaman yang dimiliki Risto bakal memantapkan lagi persiapan Skuad Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...

