Wanita warga Singapura maut kereta terbabas

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ALOR GAJAH 5 Nov – Seorang wanita warga Singapura maut manakala dua lelaki warga sama selamat selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 208 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, Huang Kaiting, 25 yang duduk di tempat duduk penumpang belakang kereta Kia Cerato maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta terbabit berusia 28 tahun cedera ringan.

Seorang lagi lagi yang duduk di bahagian hadapan kereta terbabit berusia 27 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di sebelah kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu mengalami luka pada bahagian kaki manakala seorang lagi tidak cedera.

“Pemandu dan penumpang yang selamat itu diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Arshad berkata, akibat kemalangan itu, kereta terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang.

Katanya, kenderaan itu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3064
Kongsi :
Previous post Saya masih poster boy, calon PM BN – Ismail Sabri
Next post Qi Yao, janji lakukan yang terbaik
Ubah saiz-+=