Qi Yao, janji lakukan yang terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA MELAKA 5 November – “Sudah pasti kita mahu menang, kita akan buat yang terbaik sehingga hari terakhir,” itu kata calon Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Kon Qi Yao.

Menurut Qi Yao, pertembungan empat kerusi di parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah dijangka, susulan itu persiapan jentera sudah dilakukan sejak tiga bulan lalu .

Katanya, semua calon yang bertanding mempunyai kelebihan tersendiri dalam mendapatkan kepercayaan daripada pengundi.

“Jentera kita bergerak bersama-sama dengan tiga komponen lain dan persiapan sudah dibuat tiga bulan lepas.

“Saya hormat semua yang bertanding termasuk calon lama tetapi apa yang penting saya akan buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, hari ini.

Naib Ketua Pemuda MCA itu berkata, beliau berharap semua pengundi bukan sahaja golongan muda agar keluar pada 19 November ini, menunaikan tanggungjawab.

“Semua perlu keluar mengundi, itu hak asasi. Jadi saya seru semua golongan tidak kira golongan keluarlah mengundi,” katanya.

Terdahulu, Parlimen Kota Melaka menyaksikan persaingan empat penjuru antara Khoo Poay Tiong dari Pakatan Harapan (PH); Kon Qi Yao, Barisan Nasional (BN); Dato Dr. Norazlan Shah Hazali, Bebas serta Suhaime Borhan dari Perikatan Nasional (PN).

WhatsApp Image 2022-11-05 at 4.14.46 PM
Parlimen Kota Melaka menyaksikan persaingan empat penjuru antara Khoo Poay Tiong dari Pakatan Harapan (PH); Kon Qi Yao, Barisan Nasional (BN); Dato Dr. Norazlan Shah Hazali, Bebas serta Suhaime Borhan dari Perikatan Nasional (PN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2747
Kongsi :
Previous post Wanita warga Singapura maut kereta terbabas
Next post Polis siasat kes khianat kehilangan poster, sepanduk di Perak
Ubah saiz-+=