
Warga emas, OKU boleh ‘walk-in’ ke PPV di Melaka mulai hari ini
MELAKA 26 Julai – Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Melaka membenarkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di negeri ini memberikan suntikan vaksin COVID-19 secara ‘walk-in’ atau jumpa terus kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima janji temu, mulai hari ini.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman bagaimanapun berkata, di bawah inisiatif itu setiap PPV hanya boleh memberikan vaksin kepada 50 individu terawal memandangkan bekalan vaksin yang terhad.
“Walk-in hanya dibenarkan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.
“Warga emas, OKU atau waris peneman perlu membawa kad pengenalan penerima vaksin, telefon pintar yang berdaftar dengan MySejahtera serta dokumen berkaitan seperti penyakit kronik (sekiranya ada) ke PPV.
“Menerusi inisiatif ‘walk-in’ untuk warga emas dan OKU ini, adalah diharapkan Melaka akan segera dapat mencapai kadar vaksinasi 100 peratus buat golongan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagi warga emas dan OKU yang telah mempunyai tarikh janji temu serta lokasi PPV, Rahmad menasihat agar mereka hadir ke lokasi yang telah ditetapkan.
“Mereka ini tidak dibenarkan ‘walk-in’ ke PPV lain kerana PPV telah ditetapkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
MELAKA BILA LARUT MALAM ‘MAGNET’ PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April – Program Melaka Bila Larut Malam terus mendapat sambutan hebat apabila secara purata merekodkan kehadiran lebih...
MELAKA BUAT RONDAAN PASTIKAN TIADA KENAIKAN MELAMPAU HARGA BARANG
KESIDANG 5 April - Kerajaan Negeri akan memperhebat pemantauan dan rondaan secara harian bagi memastikan harga barangan kekal terkawal meskipun...
ASAHAN DI BAWAH YB ALONG SUDAH BANYAK BERUBAH
ASAHAN 5 April - Pelbagai pembangunan dan kemajuan yang dibawa Datuk Fairul Nizam Roslan atau mesra dipanggil 'YB Along' di...
KRISIS ASIA BARAT: MELAKA ATUR STRATEGI TERUS RANCAKKAN PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April - Kerajaan Negeri akan terus memperhebat usaha memajukan industri pelancongan negeri meskipun berdepan beberapa cabaran global...
MELAKA BAKAL UMUM ‘MANIS-MANIS’ UNTUK PESAWAH
MERLIMAU 5 April - Kerajaan Negeri dijangka mengumumkan insentif khas kepada pesawah bagi mengurangkan beban kos operasi yang meningkat susulan...
