
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah
KUANTAN, 3 Feb – Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Pelantar, Bentong semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Yusof Idris, 65, ditemukan di tepi tingkap biliknya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.02 malam sebelum 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan Karak digerakkan ke lokasi kejadian.
“Rumah separuh kekal dipercayai didiami mangsa berseorangan itu musnah 90 peratus. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ISTERI TPM, TOK HAMEED SANTUNI ANAK ISTIMEWA AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Oktober - Lebih 150 anak istimewa dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dihimpunkan menerusi Majlis Ramah...
MAIM SALUR RM36,300, SEDIA 11 KOMPUTER UNTUK 9 SRA JAIM
AYER KEROH 28 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM36,300 bagi menyediakan 11 unit komputer kepada sembilan Sekolah...
LONDON IKUT JEJAK MELAKA LAKSANA ZON BEBAS KENDERAAN
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Pelaksanaan zon bebas kenderaan di Oxford Street London yang turut mengutamakan pergerakan pejalan kaki mengingatkan...
13 TAHUN UKIR SENYUMAN, MELAKA JADIKAN DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA
BANDA HILIR 28 Oktober - Selama 13 tahun, usaha menceriakan sambutan Deepavali murid daripada keluarga kurang berkemampuan diteruskan menerusi program...
PRN MELAKA: ‘CIKGU MUS’ JANJI TERUSKAN LEGASI ZAHARI DI DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 28 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa Musa...
PENANTIAN BERAKHIR, GENERASI KEDUA FELDA BUKIT SENGGEH MILIKI GERAN TANAH SENDIRI
ASAHAN 28 Oktober – Penantian panjang 95 generasi kedua Felda Bukit Senggeh untuk memiliki tanah lot sendiri akhirnya berakhir apabila...
