
Warga Sungai Udang semarakkan Hari Kemerdekaan
SUNGAI UDANG 16 Ogos – Seramai kira-kira 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang telah memeriahkan program Merdeka @ Komuniti bertempat di Kompleks Japerun Sungai Udang, pagi tadi.
Program yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama Japerun Sungai Udang itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.
Majlis berkenaan telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Utama Ir Haji Idris Haron.
Menariknya, majlis itu turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak kemerdekaan dan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak yang disertai seramai 12 anak-anak Sungai Udang.
Selain itu, Idris turut menyempurnakan simbolik penyerahan bendera kepada warga Sungai Udang bagi menghangatkan sambutan Hari Kemerdekaan dalam norma baharu.
Views:
Related


Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
