Waspada broker haram bertopengkan teknologi, inovasi

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

KUALA LUMPUR 9 Sept – Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi.

Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM); Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS); Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM); Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) serta Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Dalam kenyataan bersama pada Rabu, kesemua pertubuhan itu meminta orang ramai supaya hanya berurusan dengan ejen dan firma hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja apabila berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang menjalankan perkhidmatan hartanah merangkumi penjualan, pembelian, penyewaan, pajakan, pentadbiran penyewaan dan khidmat nasihat.

Ia sebagai peringatan bahawa wujud pihak-pihak bukan ejen hartanah tetapi mengendalikan perniagaan agensi hartanah secara haram di samping menggunakan pelbagai bentuk idea kreatif untuk berbuat demikian, menurutnya.

Semua pertubuhan itu menjelaskan perkhidmatan hartanah adalah diwartakan sebagai perkhidmatan profesional di bawah Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 atau dikenali sebagai Akta 242 untuk melindungi orang ramai.

“Ini juga untuk memastikan jika pihak lain, selain yang berdaftar, melakukan kerja-kerja sebagai ejen dalam sebarang bentuk atau cara, mereka melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda tidak lebih daripada RM300,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut semua persatuan itu.

Semua persatuan itu mengatakan bahawa mereka tidak menentang inovasi dan teknologi sebalinya mahu memperkukuh pendirian mereka.

“Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat dalam sebarang bentuk, yang tidak mematuhi undang-undang tanah sedia ada, di mana ia sesuai dengan amalan ejen hartanah setakat ini,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

684
Kongsi :
Previous post Kelangsungan industri kreatif keutamaan KKMM
Next post FRIM tawar khidmat perundingan, latihan dalam tisu kultur
Ubah saiz-+=