‘Yang penting menangkan BN bukan individu’ – Ab Rauf
TELOK MAS 1 November – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ab Rauf berkata, sebagai orang parti yang mengurus tadbir politik dalam Negeri Melaka sudah tentu beliau sentiasa bersifat terbuka bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
“Saya bersifat terbuka, kerana apa yang paling penting adalah untuk menangkan parti bukannya individu.
“Malam ini kita akan mengumumkan nama calon, jadi untuk memastikan bahawa isyarat diberikan (Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu) itu jelas saya akan berikan komen tentang siapa calonnya selepas pengumuman nanti.
“Saya tidak ada alasan melainkan saya mendapat satu penjelasan yang jelas daripada ibu pejabat,” katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kilang Ever Delicious Food Industries Sdn. Bhd. di Telok Mas, di sini, hari ini.
Semalam Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam satu sidang media menyatakan kesediaan memberi laluan kepada calon MCA yang dikatakan akan mewakili BN di kerusi Parlimen Tangga Batu pada PRU-15.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JARINGAN JALAN BAHARU PERSIARAN KOTA SYAHBANDAR – KLEBANG
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Parkland Group bakal melaksanakan pembinaan jaringan jalan baharu menghubungkan Jalan Persiaran Kota Syahbandar ke Klebang....
PASAR RAYA MENGHADAP LAUT, BAKAL JADI TARIKAN BAHARU MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Rakyat Melaka bakal mempunyai lokasi baharu untuk bersantai dengan pembinaan sebuah pusat beli-belah menawarkan pemandangan menghadap...
PEMBANGUNAN HARTANAH TARIK MINAT PELABUR KE MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha dan komitmen Parkland Group dalam bidang pembangunan unit kediaman serta...
HARI INOVASI MELAKA 2025 SASAR 500 PENYERTAAN
AYER KEROH 5 Disember - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 akan diteruskan pada skala yang lebih besar dengan menyasarkan...
MUZIUM BOMBA AKAN DIBINA DI MELAKA
REMBIA 5 Disember - Kerajaan Melaka berhasrat untuk membina Muzium Bomba sebagai rujukan buat masyarakat terutamanya generasi muda mengenai peranan...
60 PEMPENGARUH ASIA PROMOSI PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 5 Disember - Seramai 60 pempengaruh dari sembilan buah negara Asia memilih Melaka sebagai destinasi untuk mempromosikan sektor...