120 kanak-kanak ceria dapat duit raya RM150

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 31 Mac – Terpancar keceriaan di wajah 120 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan asnaf apabila menerima sumbangan duit raya berjumlah RM150.

Sumbangan itu diberikan bersempena program Iftar Bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) di sebuah hotel di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

Pengarah Program, Ridzuan Ahmad berkata, selain duit raya, kesemua penerima turut menerima sumbangan berupa beg sekolah dan makanan.

“Untuk program ini, kita telah mengumpul seramai 120 kanak-kanak asnaf dan anak yatim membabitkan 80 di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya dan 40 di bawah Parlimen Masjid Tanah.

“Ia merupakan sebahagian daripada program yang dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi sinar kegembiraan kepada golongan tidak bernasib baik.

“Selain sumbangan, kita turut meraikan mereka dengan majlis berbuka puasa di hotel,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Terdahulu, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan Pengurus Besar Yayasan Melaka merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman; Pengerusi Yayasan Melaka Rosli Abdullah dan Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

999
Kongsi :
Previous post Kes tibi di Melaka meningkat
Next post Bandar Universiti Melaka Fasa 1 dijangka bermula hujung tahun ini
Ubah saiz-+=