1,500 meriahkan Hari Sukan Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JASIN 18 Oktober – Hari Sukan Negara (HSN) peringkat daerah Jasin disambut meriah dengan kehadiran 1,500 orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Sambutan yang diadakan di Stadium Mini Jasin Sabtu lalu itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti membabitkan sukan dan kecergasan dalam usaha melahirkan komuniti sihat dan aktif.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin Nurul Haida Mohd Ghazali berkata, antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang sambutan itu ialah Fun Ride, senam robik, Strong Fit Challenge, Demonstrasi Angkat Berat, sukaneka, Klinik Kriket, Klinik Dodgeball Rendah, Klinik Lompat Tali, Klinik Frisbee dan pemeriksaan kesihatan.

“Menariknya, pada sambutan kali ini turut diadakan Jelajah Genta Belia Daerah Jasin yang menampilkan tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut.

“Pengisian yang dibawakan ialah seperti aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat, peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta cabutan bertuah.

“Hari Sukan Negara Daerah Jasin telah mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin melalui anjuran pelbagai klinik sukan dengan menerapkan semangat 1 Sukan 1 Murid,” katanya.

Sambutan HSN Peringkat Daerah Jasin telah dirasmikan Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom dan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Jasin Baharudin Husin dan Pegawai Kesihatan Daerah Jasin Datuk Nur Aishah Buang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1058
Kongsi :
Previous post Dua beradik seronok belajar pantun menerusi Dondang Sayang
Next post UTeM, University of Galati Romania kukuh kerjasama
Ubah saiz-+=