20 peratus kenderaan di Melaka gagal lepasi piawaian Puspakom

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

REMBIA 23 Disember – Kira-kira 20 peratus daripada 400 kenderaan yang diperiksa dalam tempoh sehari gagal melepasi piawaian ditetapkan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kegagalan fungsi sistem brek kenderaan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan itu.

“Sistem fungsi brek adalah penyebab utama kepada kemalangan jalan raya, maka, sebab itulah kita menyarankan pemandu untuk memastikan komponen brek kenderaan yang digunakan adalah tulen memandangkan banyak kes yang berlaku disebabkan penggunaan komponen yang murah dan tiruan.

“Apabila gagal, kita tidak akan benarkan kenderaan ini berada di atas jalan raya malah mereka perlu datang semula untuk melaksanakan pemeriksaan.

“Biarpun sistem yang digunakan meliputi secara dalam talian kita dapati rata-rata pengguna tidak bersedia menyebabkan mereka gagal melepasi ujian yang dilaksanakan di sini (Puspakom),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Puspakom Alor Gajah, di sini, hari ini.

photo1671776842
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke PUSPAKOM Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff dan Ketua Jabatan Pemasaran dan Perunding Puspakom, Datuk Ooi Win Juat.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, bagi memastikan kenderaan dalam keadaan yang selamat di atas jalan raya, Kerajaan Negeri mencadangkan JPJ dan Puspakom menjalin kerjasama melaksanakan program pemeriksaan kenderaan percuma pada tahun hadapan.

“Saya mencadangkan kedua-dua agensi ini untuk melaksanakan program pemeriksaan kenderaan percuma sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di negeri ini dengan dilengkapi dengan sistem mobil trak untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan.

“Malah kita juga menyarankan usaha ini perlu diberikan tumpuan kepada pemandu dan penunggang e-hailing bagi memastikan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain terjamin ketika melaksanakan tugasan penghantaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2393
Kongsi :
Previous post TDM juara Triathlon Tanjung Bidara Challenge, Lokman Hakim atlet terpantas
Next post Petronas hulur sumbangan sempena Krismas di tiga negeri
Ubah saiz-+=