
2,000 MERIAHKAN FIT MALAYSIA MELAKA 2024
TANJUNG BIDARA 15 September – Fit Malaysia Negeri Melaka sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 berlangsung meriah apabila disertai seramai 2,000 peserta.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka itu membabitkan tiga kategori iaitu Fun Ride 20 kilometer (km), Fun Walk 5km dan Family Walk 3km.
Ia diadakan bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti di samping memeriahkan lagi acara pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Terdahulu, upacara pelepasan peserta telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim; Pengarah JBS Melaka Mohamad Mazlan Anis; Yang Dipertua Majlis Perbadaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan lain-lain kenamaan.
Acara Fun Walk disertai seramai 1,000 peserta, diikuti 800 menyertai Family Walk dan Fun Ride disertai 200 peserta
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
