223 petugas kesihatan Melaka dijangkiti COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Seramai 223 petugas kesihatan di Melaka telah dijangkiti COVID-19 sejak Mac tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jumlah itu merangkumi 2.7 peratus daripada 8,280 petugas barisan hadapan di Melaka secara keseluruhan berdasarkan data setakat 7 Julai lalu.

Beliau bagaimanapun tiada kematian membabitkan petugas kesihatan setakat ini, namun beliau meminta mereka agar mengambil langkah berhati-hati supaya tidak dijangkiti.

“Saya merasai keperitan dan tugas berat anda. Di kala kes COVID-19 masih tinggi, tuan-tuan dan puan-puan semua terdedah dengan risiko jangkitan dan terpaksa bertungkus lumus, membantu pesakit yang dijangkiti.

“Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners negeri Melaka, khususnya dalam berjuang melawan COVID-19.

“Saya percaya, setiap keringat dan bakti yang tuan-tuan dan puan-puan curahkan, pasti akan dikurniakan ganjaran setimpal daripada yang Maha Esa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kesemua petugas barisan hadapan di negeri ini telah selesai menerima vaksin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

665
Kongsi :
Previous post Enam ‘ingatan’ untuk penjawat awam di Melaka
Next post ‘BDR tidak boleh disalahgunakan’ – KM
Ubah saiz-+=