291 kertas siasatan kes berita palsu COVID-19 dibuka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 8 April. – Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 291 kertas siasatan berhubung berita palsu COVID-19 dalam tempoh setahun sejak Mac 2020.

Ketua Bahagian Penguat kuasa dan Siasatan SKMM Datuk Mohd Shafie Harun berkata, daripada jumlah itu, 235 kertas siasatan dibuka oleh PDRM manakala 56 dibuka oleh SKMM.

Katanya, semua kertas siasatan itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988 yang memberikan punca kuasa penguatkuasaan media sosial dan internet kepada SKMM.

MOHD Shafie…daripada 291 kes, PDRM buka 235 kertas siasatan manakala SKMM siasat 56 kes.

“Bagi kes dituduh di mahkamah sebanyak 56 kes yang dikendalikan oleh PDRM manakala enam oleh SKMM.

“Terdapat juga beberapa kes yang diputuskan sebagai ‘NFA’ (tiada tindakan lanjut) disebabkan beberapa faktor, antaranya suspek tidak dapat dikesan atau menggunakan akaun palsu dan sebagainya.

“Sebanyak 83 kes NFA disiasat di bawah PDRM manakala 28 lagi oleh SKMM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah dan Lindungi Diri Dari Menjadi Mangsa Jenayah Penipuan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah yang merasmikan penutup program.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

912
Kongsi :
Previous post Masjid mampu jadi medium perantara tingkat kesedaran suntikan vaksin – Mufti
Next post Jangan sebar berita palsu berkaitan vaksin
Ubah saiz-+=