Jangan sebar berita palsu berkaitan vaksin

Masa Membaca:57 Saat

REMBIA 8 April – Belum ada individu atau kumpulan tertentu yang dipercayai menyebarkan maklumat antivaksin diambil tindakan undang-undang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof bagaimanapun berkata, itu tidak bermakna si pelakunya terlepas sebaliknya boleh diambil tindakan melalui Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No.2) 2021 yang dikuatkuasakan pada 12 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak terbabit dalam menyebarkan berita palsu bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Kalau kita tidak mahu ambil vaksin, tidak perlulah kita menyebarkan maklumat tidak betul kepada orang lain, terutama melalui laman sosial.

“Kita mahu 80 peratus rakyat kita mendapat vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan untuk mencapainya, kerjasama semua pihak amat penting.

“Berdasarkan penularan semasa COVID-19, ordinan berkenaan amat penting bagi memastikan kerajaan mampu menguruskan program imunisasi dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat isu semasa
Pengurusan COVID-19 dan Proklamasi Darurat anjuran Jabatan Penerangan, di Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), di sini hari ini.

Program itu dihadiri kira-kira 200 anggota komuniti sekitar
bandar ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

366
Kongsi :
Previous post 291 kertas siasatan kes berita palsu COVID-19 dibuka
Next post Jual air ikut gred tidak bebankan pengguna
Ubah saiz-+=