
30,290 rumah siap dibina tidak terjual
KUALA LUMPUR 23 Nov – Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion pada suku kedua.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib berkata berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), angka itu menunjukkan penurunan 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 peratus dalam nilai pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua.
“Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
“Ini dibuktikan dengan penurunan indeks harga rumah pada suku ketiga (2021) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah terkini rumah tidak terjual setakat September lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA TAHUN JADI SAKSI, AB RAUF BUKTIKAN TIADA YANG MUSTAHIL
BANGI 21 November - Mengimbangi tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri dengan tuntutan pengajian di peringkat kedoktoran memerlukan pengorbanan masa yang bukan...
AB RAUF BERGELAR DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN
BANGI 21 November - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh antara lebih 14,000 graduan yang diraikan...
MELAKA BERWARNA-WARNI, FAIRUL NIZAM MAHU TERUS SUBURKAN PERPADUAN
SERI NEGERI 21 November - Memastikan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Melaka terus mekar menjadi antara keutamaan Datuk Dr....
TIGA ACARA WARNAI PELANCONGAN MELAKA DISEMBER INI
BANDA HILIR 21 November – Melaka bakal merancakkan sektor pelancongan sepanjang Disember ini menerusi penganjuran tiga acara utama bersempena cuti...
KEPIMPINAN BERJIWA RAKYAT, PENIAGA SAMBUT BAIK AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
REMBIA 21 November - Pelantikan semula Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal...
BERKAIN PELIKAT PUN TURUN PADANG, ABDUL HAKIM TAK BERTANGGUH SELESAI ADUAN RAKYAT
LENDU 21 November – Penampilan bersahaja hanya berkain pelikat dan berbaju T tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu,...
