4,134 kes rumah tangga didaftarkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 11 Oktober – Sebanyak 4,134 kes rumah tangga didaftarkan di Mahkamah Syariah Melaka, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka, Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan hanya 3,367 kes yang didaftarkan bagi tempoh 12 bulan.

Beliau berkata, kes-kes yang didaftarkan membabitkan kes Mal, jenayah, faraid dan rayuan.

“Pada tahun ini juga sehingga September sebanyak 1,212 kes penceraian yang telah selesai merangkumi seperti fasakh, pengesahan lafaz cerai, cerai secara lafaz, tebus talaq dan takliq.

“Daripada statistik ini menunjukkan banyak kes yang didaftar dan memerlukan bantuan serta kecekapan peguam syarie bagi membantu Mahkamah Syariah mempercepatkan perjalanan sesuatu kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini.

081E4A4A-7A96-4481-AF2E-91A20A88C092
AYER KEROH 11 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerima cenderahati dari Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman sempena Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2022 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mohd Nadzri berkata, segala kekusutan dalam institusi rumah tangga sama ada dalam bidang kuasa Mal atau jenayah, perlu mendapat bantuan serta khidmat nasihat yang betul dari seorang peguam.

“Mahkamah memerlukan peguam yang membantu mahkamah, menjelaskan undang-undang substantif dan prosedur untuk menghindari berlaku salah faham diantara masyarakat serta mahkamah.

“Selain itu, peguam syarie hendaklah istiqamah dalam menegakkan keadilan dan berusaha menghindarkan kezaliman bukan hanya kemenangan ke semata-mata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4683
Kongsi :
Previous post Tambah ilmu dan berikan perkhidmatan terbaik
Next post Jangan benarkan remaja tiada lesen memandu, menunggang – JPJ
Ubah saiz-+=