Jangan benarkan remaja tiada lesen memandu, menunggang – JPJ

Masa Membaca:55 Saat

BUKIT KATIL 11 Oktober – Sebanyak 58 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bagi kesalahan membabitkan remaja bawah umur dikesan memandu atau menunggang di jalan raya bagi bagi tempoh Januari hingga bulan ini.

Pengarah JPJ Negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, hasil penguatkuasaan dijalankan daripada 58 kenderaan dikeluarkan saman, empat membabitkan kenderaan perdagangan manakala selebihnya adalah hak milik persendirian.

“Membenarkan remaja bawah umur memandu atau menunggang tanpa lesen adalah satu kesalahan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sudah tentu akan melibatkan banyak pihak, lebih buruk lagi jika membabitkan kehilangan nyawa.

“Bagi kes remaja ini kami juga menghubungi penjaga atau pemilik kenderaan, mereka diingatkan supaya tidak membenarkan anak atau sesiapa yang dibawah umur memandu atau menunggang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata, kes membabitkan remaja bawah umur itu direkodkan di Lorong Pandan, Tangga Batu, Jalan Tengkera, Serkam dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

“JPJ Negeri Melaka akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan pematuhan udang-udang lalu lintas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4362
Kongsi :
Previous post 4,134 kes rumah tangga didaftarkan di Melaka
Next post Ayuh Rakyat Melaka, jom manfaatkan Jelajah AKM
Ubah saiz-+=