Ayuh Rakyat Melaka, jom manfaatkan Jelajah AKM

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 11 Oktober – Rakyat Melaka khususnya pencari kerja diminta untuk tidak melepaskan peluang dan hadir sepanjang berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka 2022.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jelajah yang bermula pada 14 hingga 16 Oktober ini memberi manfaat besar buat pengunjung kerana menyediakan pelbagai program termasuk Jualan Keluarga Malaysia, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia serta gerai usahawan.

“Jadi rakyat Melaka jangan lepaskan peluang. Mereka yang ‘jobseeker’, baru tamat pengajian, yang mencari kerja datang beramai-ramai. Kali ini diadakan temuduga secara bersemuka. Ini yang ditunggu oleh orang muda semasa 11 jelajah yang dibuat di negeri lain.

“Jadi orang Melaka, saya minta peka benda ini dan datang beramai-ramai, ambil peluang dan ambil apa yang bermanfaat,” katanya.

Menurut beliau, jelajah ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh penduduk sekitar Ayer Keroh tetapi seluruh rakyat Melaka.

“Kita manfaatkan apa yang ada. Jualan Murah Keluarga Malaysia juga ada, jadi orang sebelah Ayer Keroh dan disampingnya rebut peluang ini,” katanya .

Program yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh itu, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3442
Kongsi :
Previous post Jangan benarkan remaja tiada lesen memandu, menunggang – JPJ
Next post Amaran hujan di Alor Gajah, Melaka Tengah
Ubah saiz-+=