
50 anak yatim teruja berbuka di hotel
AYER KEROH 30 Mac – Meskipun tanpa ditemani ibu atau ayah, keriangan jelas terpancar pada wajah 50 anak-anak yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.
Biro Kebajikan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka Roszita Derus berkata, selain menjamah hidangan menyelerakan peserta turut dibawa merasai pengalaman menikmati keindahan pemandangan sekitar Bandaraya Melaka di ‘Sky Tower’.
“Penganjuran ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim, biarlah mereka jamah hidangan istimewa di tempat dalam suasana berbeza, kami harap mereka berasa masih disayangi.
“Menerusi program ini kami harap ia dapat mengeratkan perasaan kasih sayang, tali persaudaraan sesama Muslim dan rasa prihatinan masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik,” katanya.
Menurutnya, selain majlis berbuka puasa, peserta turut menerima sumbangan disampaikan pihak pengurusan Hospital Putra bertujuan meringankan beban mereka dalam membuat persiapan raya.
“Meskipun ini penganjuran pertama, namun alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Kami bersyukur melihat anak-anak ini gembira,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Kota Melaka perlu terus diperkasakan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang lebih dinamik menerusi pendekatan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
